Syabas kerana anda telah berusaha untuk sampai ke website KEM DAPAT JODOH ini. Jangan putus asa dengan pelbagai dugaan di dalam pencarian jodoh. Sabar, terus berusaha dan berdoa. Akan ada pelangi yang indah muncul selepas hujan. Ujian Allah terasa pahit sekarang, namun ia bakal menjadi pengalaman paling bernilai dalam membentuk kita jadi lebih kental, matang,berjiwa besar dan lebih dekat dengan ALLAH kelak..In Sha Allah.
Atas kesedaran.. ramai yang perlu dibantu, kami telah membuat penambahbaikan, menyusun atur kaedah yang lebih baik khas untuk anda.
Ramai yang tanya saya bagaimana nak tarik jodoh yang baik ? Ini 5 tip yang anda boleh lakukan ..
1. 'UPGRADE' DIRI
Jika mahu jodoh yang baik, baikkan diri kita dahulu. Orang baik menarik jodoh yang baik.
Tidak perlu jadi sempurna, hanya jadi LEBIH BAIK dari sebelum ini. 'A better version of you'.
2. 'LEARN'
Belajar dari kesilapan dan pengalaman lepas. Jangan 'stuck' dalam penyesalan terlalu lama, menyalahkan diri dan berharap masa boleh diundur. Tanam azam untuk tidak mengulangi dan 'move on' dengan menerima kenalan baru !
3. BERADA DALAM 'POSITIF CIRCLE'
Berada dalam kumpulan yang saling mendukung. Jauhkan diri dari 'toxic people'. 'Join positive circle', di situ anda bakal jumpa jodoh yang baik dan serasi.
4. 'FOLLOW' KEM DAPAT JODOH
'Follow' kami untuk suntikan semangat.
Like FB Page, Follow IG dan Subscribe YouTube KEM DAPAT JODOH supaya anda jadi yang terawal terima info terkini dari kami.
5. DEKATKAN DIRI DENGAN PENCIPTA
Jaga 'CABLE' kita dengan ALLAH SWT. Minta padaNya. Dia maha pemurah lagi maha mengasihani..
Saya dan ‘team’ KDJ sentiasa berusaha untuk berikan yang lebih baik buat anda dari semasa ke semasa..In Sha Allah.Semoga usaha kecil kami untuk menyatukan Ummah ini dirahmati ALLAH SWT .. Amiin Yaa Rabbal Alamin.
Yang baik datang dari Allah.. yang kurang baik untuk kita sama-sama perbaiki..